Mengapa Perlu Tulis Wasiat


 

Konsep Faraid

Apa Itu Hukum Faraid

Syarat bagi menerima Faraid ini adalah:

  • Mempunyai pertalian darah;
  • Seorang Muslim dan;
  • Mempunyai pertalian perkahwinan.

Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran.


Ianya adalah mengenai siapa yang berhak terhadap harta peninggalan tersebut dan berapa bahagian yang ditetapkan bagi setiap waris yang layak.


Boleh rujuk pada artikel: Apa Itu Hukum Faraid?


Siapakah yang berhak mewarisi harta si mati mengikut hukum Faraid:

Waris utama berikut berhak untuk mewarisi harta si mati dengan syarat mereka beragama Islam. Mereka adalah:

  •      Suami
  •      Isteri
  •      Ibu bapa
  •      Anak-anak

Berikut adalah di antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris serta tidak layak mewarisi harta si mati mengikut hukum Faraid:


  • Anak angkat
  • Ibu bapa angkat
  • Ahli keluarga yang bukan beragama Islam
  • Cucu daripada anak perempuan


Konsep Wasiat

Apa itu Wasiat?

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.


Lihat: Wasiat Menurut Islam? 

Wasiat berkuatkuasa selepas kematian dan ianya boleh dipinda oleh pewasiat.

Syarat Sah Wasiat dari Segi Undang-Undang?

  • Wasiat hendaklah bertulis.
  • Pewasiat mestilah Islam dan dewasa
  • Waras, tiada paksaan dan desakan daripada sesiapa
  • Mestilah seorang yang tidak dilarang untuk mentadbir harta atau bankrap
  • Wasiat perlu ditandatangani dan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 2 orang lelaki Islam atau 4 orang perempuan Islam ketika wasiat ditandatangani.


Apakah Kepentingan Wasiat?

Kepentingan utama penulisan Wasiat, adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris. 

Wasiat juga boleh melantik Penjaga harta anak di bawah umur/OKU selepas meninggal dunia.

Melalui penulisan Wasiat juga, anda boleh membuat pemberian kepada mereka yang bukan waris Faraid termasuk pemberian infaq selepas meninggal dunia.

Rujuk: Kepentingan Menulis Wasiat?


Siapakah Wasi/Pentadbir?

Wasi/Pentadbir adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk menguruskan harta pusaka si mati.


Siapakah yang boleh dilantik sebagai Wasi/Pentadbir?

(i) Individu (Muslim, berumur 18 tahun ke atas)

(ii) as-Salihin Trustee Berhad


Apakah tugas Wasi?

(i) Mendapatkan Surat Kuasa/Probet

(ii) Mengenal pasti harta-harta dan hutang yang ditinggalkan

(iii) Mendapatkan Sijil Faraid

(iv) Melangsaikan Hutang simati

(v) Membahagikan harta pusaka simati

Bagaimana Proses Pentadbiran dan Pengagihan Harta Pusaka dapat dilaksanakan melalui Wasiat?

  1. Perlantikan Wasi/ Pentadbir merupakan kunci dalam memastikan harta yang ditinggalkan tidak terbeku, dan menjamin harta dapat diagih kepada waris-waris yang ditinggalkan.
  2. Hal ini kerana, proses PENCAIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT melibatkan banyak prosedur dan agensi/institusi tertentu berbanding PROSES PENCAIRAN HARTA PUSAKA YANG BERWASIAT.
  3. Wasi yang telah dilantik oleh pewasiat sebelum kematiannya akan mentadbir harta pewasiat sesuai dengan kehendak dan pesanan yang diberitahu di dalam wasiat.
  4. Sekiranya tiada penulisan Wasiat atau apa-apa perancangan harta pusaka maka waris-waris berkemungkinan tidak dapat menerima harta yang ditinggalkan.

Kesimpulan

Oleh itu, dengan Merancang Wasiat bukan sahaja dapat menjamin pengagihan harta kepada waris-waris tetapi ianya akan membantu kita untuk:
  • Melantik pentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak bawah umur.
  • Mempercepatkan & memudahkan proses pengagihan harta serta perletakan hak kepada waris.
  • Melunaskan hutang (Dunia & Akhirat).
  • Pengecualian bon pentadbiran.
  • Pemberian kepada bukan waris (Cth: Anak Angkat, Sedekah dan lain-lain; terhad kepada 1/3 harta)
  • Menyampaikan pesanan terakhir.

Sumber As Salihin 

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Perlu Menulis Wasiat?