Mengapa Perlu Menulis Wasiat?

 APA TUJUAN MENULIS WASIAT ?

Kebanyakan kita menyangka penulisan wasiat hanya semata-mata untuk membahagikan harta pusaka.

Antara tujuan utama menulis Wasiat adalah untuk :


imej: the cut

📌Melantik Wasi/Pentadbir

Memastikan urusan pentadbiran pusaka akan menjadi lebih mudah & lancar (tidak perlu melalui proses pentadbiran yang membebankan & melibatkan semua waris)

📌Melantik Penjaga Harta

Menjamin hak terpelihara bagi anak di bawah umur dan juga golongan yang tidak mampu mentadbir harta Contoh: OKU

📌Hutang dan perbelanjaan

Memastikan pentadbir boleh menyelesaikan segala hutang bagi pihak pewasiat

📌1/3 untuk bukan waris

Penting bagi mereka yang ingin memberi aset kepada anak angkat, saudara bukan islam, masjid, surau dan organisasi lain.

📌Amanah dalam wasiat

Melantik pemegang amanah bagi harta yang ditinggalkan bagi tujuan & tempoh tertentu. 

📌Pesanan Terakhir

Pesanan & hasrat ditujukan kepada ahli keluarga tersayang selepas ketiadaan kita. 

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa Perlu Tulis Wasiat